fbpx

Pengambilan buah berlebihan bahaya untuk pesakit diabetis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pesakit kencing manis atau diabetis dinasihatkan memilih buah-buahan untuk dimakan dan mengambilnya dalam jumlah yang sederhana.

Ini kerana menurut Pakar Perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, jika pengambilan tidak terkawal paras gula dalam darah mencanak naik.

Jelas beliau, sebenarnya fruktosa yang ada dalam buah itu memberikan rasa manis, bukan glukosa dan semakin manis rasa buah, semakin tinggi tahap fruktosa.

“Fruktosa tidak dapat dikesan melalui alat glucometer, hanya glukosa yang dikesan oleh alat tersebut. Ini tidak bermakna pesakit diabetes boleh mengambil buah-buahan yang manis.

“Sungguhpun buah-buahan mengandungi banyak fruktosa dan sedikit glukosa, tetapi kandungan fruktosa dalam buah-buahan juga akan ditukarkan kepada glukosa dan meningkatkan bacaan glukosa dalam darah,” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Zubaidi berkata, fruktosa akan melalui proses penukaran kepada bentuk lain oleh hati dan 30 hingga 50 peratus akan ditukarkan kepada glukosa, manakala 25 peratus ditukar kepada laktat.

Katanya, glukosa dan laktat menghasilkan tenaga untuk keperluan tubuh dan 20 peratus disimpan dalam bentuk glikogen, manakala satu peratus ditukar kepada Triglyceride (sejenis kolesterol).

“Kesimpulannya fruktosa yang banyak terdapat dalam buah-buahan yang manis tetap ditukar kepada glukosa.

“Semakin manis buah-buahan tersebut, semakin tinggi bacaan gula dalam tubuh kita. Proses ini mengambil masa tertentu, berkemungkinan itu sebabnya ia tidak dikesan dengan cepat oleh mesin glucometer,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI