fbpx

Padah sogok polis RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang rampasan susulan serbuan ke pusat panggilan sindiket tawaran pekerjaan tidak wujud.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki cuba merasuah polis sejumlah RM90,000 supaya melepaskan rakan yang ditahan kerana terlibat sindiket tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud, memakan diri apabila turut ditahan, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu menawarkan wang tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap rakannya.

Katanya, suspek ditahan selepas berkeras untuk ‘memberi suapan’ itu bagi melepaskan rakannya yang ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, di sini.

“Pihak polis telah memberi amaran untuk tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak untuk menerima wang tersebut. Tangkapan dibuat dan wang tunai tersebut yang cuba diserahkan kepada polis turut dirampas.

“Kejadian ini berlaku di Taman Suria di sini dalam satu pertemuan antara suspek dan anggota polis terbabit. Kes ini dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, suspek itu berbuat demikian selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat serbuan di ke pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, kira-kira 12 tengah hari.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan kerana apartment itu dijadikan sebagai pusat panggilan menawarkan kerja dalam talian yang tidak wujud.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI