BANDAR RAYA NEW YORK – Satu kajian baharu mendapati sebilangan orang sememangnya mempunyai ‘daya tarikan’ buat nyamuk disebabkan bau kulit yang mereka hasilkan, lapor akhbar New York Post semalam.
Para penyelidik mendapati orang yang paling menarik perhatian nyamuk menghasilkan banyak bahan kimia tertentu pada kulit mereka dan mengeluarkan bau.
Nyamuk juga dikatakan ‘setia’ kepada darah manusia yang menjadi kegemarannya dari semasa ke semasa.
“Jika anda mempunyai tahap tinggi daripada bahan ini pada kulit, anda akan menjadi orang paling banyak mendapat gigitan semasa berkelah,” kata pengarang kajian, Leslie Vosshall yang merupakan ahli neurobiologi di Universiti Rockefeller, New York.
Bagi menguji daya tarikan nyamuk, penyelidik mereka bentuk satu eksperimen dengan mengambil bau setiap peserta kajian, jelas pengarang kajian Maria Elena De Obaldia.
Mereka meminta 64 sukarelawan dari universiti tersebut dan dari kawasan berhampiran memakai stoking nilon di lengan untuk mengambil bau kulit mereka.
Stoking itu kemudian dimasukkan ke dalam perangkap berasingan sebelum berpuluh-puluh nyamuk dilepaskan.
“Ia (nyamuk) pada asasnya menyerbu objek yang paling menarik perhatiannya. Ia jelas kelihatan dengan serta-merta,” kata De Obaldia. – Agensi