fbpx

Nas Daily guna pasport Carribean masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nas Daily.

SEREMBAN – Penghasil kandungan YouTube (YouTuber) warga Israel, Nas Daily memasuki negara ini menggunakan pasport negara Saint Kitts and Nevis di bawah Kepulauan Caribbean pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan dan memiliki dua pasport.

“Nas Daily warganegara Israel, beliau masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport negara lain bukan Israel. Beliau menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dalam komuniti Carribean,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai di sini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Jelas beliau, berdasarkan rekod ‘Nas Daily’ masuk ke negara ini pada 15 Oktober lalu (Sabtu) dan keluar pada hari berikutnya (Ahad) dengan pasport Saint Kitts and Nevis.

“Kerakyatan Saint Kitts and Nevis difahamkan boleh diperoleh oleh rakyat dari negara lain, jadi beliau memasuki negara dan keluar dari Malaysia dengan menggunakan pasport sama.

“Beliau tidak boleh masuk dengan menggunakan pasport lain dan keluar dengan pasport lain, saya difahamkan beliau kemudian telah memasuki Singapura dengan mengguna pasport Israel,” katanya.

Jelas Khairul Dzaimee, setakat ini tiada tindakan dari segi Akta Imigresen kerana ‘Nas Daily’ masuk dan keluar secara sah sebagai seorang pelancong.

Tambah beliau, dari segi peraturan imigresen seseorang yang masuk ke negara ini dengan pasport yang sah bukan satu kesalahan walaupun dia mungkin mempunyai dua kerakyatan.

Terdahulu, ‘Nas Daily’ telah berkongsi rasa terujanya berada di Melaka melalui perkongsian di Facebook story milik Youtuber terkenal Israel itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI