fbpx

Mengaku cicit Nabi, Jakim belum terima sebarang laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya, hari ini. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima sebarang laporan atau aduan berhubung individu lelaki mengaku cicit nabi yang didakwa terbabit dengan penipuan wang dan nasab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, setakat ini tiada aduan rasmi mengenai dakwaan itu dan jika ada, siasatan lanjut akan dilakukan.

“Jika kita dapat satu benda kita akan terus lapor kepada jabatan agama islam negeri dan mereka yang berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Kadang kadang ada wartawan cakap Jakim tidak ambil tindakan tetapi sebenarnya Jakim tiada bidang kuasa untuk ambil tindakan kerana ia tertakluk kepada negeri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan dakwaan kononnya Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani yang hadir ke Malaysia baru-baru terlibat dengan penipuan wang dan nasab di negara asalnya.

Sayyid Muhammad Amin sebelum ini berada di Malaysia dan sempat mengikuti beberapa siri jelajah di beberapa negeri sebelum pulang ke Maghribi beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu telah dihalang untuk mengikuti siri jelajah di beberapa negeri termasuk Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan disebabkan beberapa isu.

Pada masa sama, Idris menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak bersusah payah untuk mencari dan menjejaki salasilah Rasulullah.

“Islam itu ringan dan mudah. Benda pelik-pelik sangat buat apa. Jadi, kadang kadang ia menyusahkan orang.

“Kita harap dalam kalangan kita ini perlu belajar agama di tempat yang betul sama ada di masjid dan surau oleh guru-guru yang ada kredibiliti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI