fbpx

Lebuh raya DASH: Proses pembayaran tiada masalah, telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kontraktor utama lantikan Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PLDASH), Turnpike Synergy Sdn. Bhd. (Turnpike), sudah membayar segala tuntutan selepas memperoleh perakuan dan pengesahan kepada lapan Kontraktor Pakej Kerja (KPK).

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd.(Prolintas) berkata, Turnpike telah membuat pembayaran itu sebaik saja pihak terbabit mendapat perakuan dan pengesahan daripada Perunding Jurutera Utama dan Perunding Juruukur Bahan (Perunding) melalui Sijil Perakuan Interim Pembayaran.

Jelas Prolintas, segala tuntutan daripada KPK itu sudah disemak, diteliti dan disahkan melalui proses telus serta berpandukan terma kontrak mengikut peratusan kerja yang disiapkan.

“Pihak Turnpike sudah melaksanakan kewajipan sebagai Kontraktor Utama yang bertanggungjawab dengan membuat bayaran ke atas segala tuntutan yang diperakukan, disahkan serta dipersetujui bersama oleh KPK dan Perunding berkenan,” jelasnya melalui satu kenyataan.

Tambahnya, Turnpike juga sudah mengambil pelbagai inisiatif dalam membantu KPK dengan membuat pembayaran dalam tempoh 30 hari berbanding terma kontrak 60 hari dan pembayaran terus kepada subkontraktor yang tertakluk kepada kebenaran daripada KPK.

Malah, pihak Turnpike juga membuat pembayaran dua kali sebulan bagi membantu aliran tunai KPK dan subkontraktor bagi melaksanakan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dengan jayanya.

Dalam pada itu, Prolintas berkata, memandangkan pembinaan DASH sudah siap sepenuhnya, status penyiapan lebuh raya itu adalah dalam tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period), dan perakuan akaun muktamad (final account) akan dikeluarkan selepas kesemua tuntutan bayaran akhir pihak KPK diperhalusi dan diperakui oleh Turnpike serta Perunding.

“Sebarang tuntutan, dakwaan tunggakan atau pertikaian akan diperhalusi melalui proses yang termaktub di dalam kontrak antara kesemua pihak, temasuklah proses timbang tara oleh Turnpike dan KPK.

“Oleh itu, sekiranya pihak subkontraktor atau mana-mana pihak mendakwa terdapat bayaran masih belum dijelaskan oleh KPK, maka pihak subkontraktor sewajarnya merujuk kepada terma kontrak antara KPK dan sub-kontraktor berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Turnpike sentiasa komited untuk menyelesaikan sebarang isu dan pertikaian berpandukan terma kontrak serta piawaian tadbir urus korporat yang telus,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI