fbpx

Kerja mengorek, dalamkan Sungai Klang 1 November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (dua kiri) melihat bot yang disumbangkan oleh KUSEL di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Projek mendalamkan Sungai Klang secara besar-besaran bagi mengatasi masalah banjir di Selangor akan bermula 1 November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir. Izham Hashim berkata, ia akan dilakukan menerusi aktiviti pengorekan oleh konsultan yang dilantik Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor.

Katanya, pengorekan melibatkan kawasan yang cetek, sensitif dan antara kawasan yang sudah dikenal pasti seperti di Kota Kemuning, Taman Sri Muda dan Kampung Sungai Kandis.

“Kedalaman pengorekan antara dua hingga tiga meter supaya sungai tersebut dapat menampung penambahan kuantiti air,” katanya selepas menyempurnakan majlis Kami Prihatin Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) di sini, hari ini.

Kata Izham, aktiviti mendalamkan Sungai Klang itu dijangka selesai tahun depan.

“Selain itu, saya juga telah menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya meninggikan kedudukan sub stesyen mereka yang rendah bagi memastikan bekalan elektrik tidak terputus sekiranya banjir,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI