fbpx

Kad merah Klopp masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kiri) bergerak meninggalkan kawasan padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-85 di Anfield kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dijangka berada di kawasan teknikal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United yang dijadualkan berlangsung di Anfield awal pagi esok.

Pada pertemuan menentang Manchester City Ahad lalu, pe­ngendali dari Jerman itu dila­yangkan kad merah selepas mempersoalkan keputusan pe­nga­dil, Anthony Taylor yang tidak mengendahkan kekasaran dilakukan ke atas Mohamed Salah.

Bagaimanapun, Klopp tidak akan terus digantung satu perlawanan memandangkan Persatuan Bola Sepak (FA) England perlu menilai semula insiden tersebut sebelum menjalankan hukuman.

Justeru, bekas jurulatih Borussia Dortmund itu dijangka berada di kawasan teknikal The Reds ketika mereka melayan kunjungan West Ham, sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan tersebut.

Sekiranya didapati bersalah, Klopp bukan sahaja akan berdepan penggantungan satu perlawanan, malah beliau juga perlu membayar denda, sama seperti yang pernah dilalui sebelum ini.

Sebagai rekod, Klopp pernah dikenakan denda sebanyak £45,000 (RM240,855) pada 2019 selepas beliau mempersoalkan kualiti serta integriti pengadil, Kevin Friend yang dianggap berat sebelah ketika seri 1-1 dengan West Ham.

Liverpool dianggap semakin hampir untuk kembali ke prestasi terbaik selepas menamatkan aksi tanpa kalah City dalam sembilan perlawanan liga menerusi kemenangan 1-0 hasil jaringan Mohamed Salah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI