fbpx

Guinness World Records isytihar Isnin sebagai hari paling teruk dalam seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTIVASI ke sekolah, kolej dan pejabat kurang setelah menamatkan cuti hujung minggu. - world republic news

WASHINGTON – Badan penyimpan rekod dunia, Guinness World Records secara rasmi mengisytiharkan hari Isnin sebagai ‘hari paling teruk dalam seminggu’, lapor laman berita Wion News semalam.

Perkara itu sebelum ini telah dinyatakan dalam siri kartun terkenal, Garfield dengan kapsyen: “Saya benci hari Isnin”.

Menyedari ‘kesuraman’ hari Isnin, Guinness World Records memuat naik satu ciapan di laman Twitter dengan menyatakan bahawa ia adalah hari paling teruk dalam seminggu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dinyatakan dalam laman web rasmi yang menyertakan pelbagai rekod dan pencapaian yang berjaya dipecahkan.

Ciapan itu telah mendapat lebih 78,000 tanda suka dan diulang ciap lebih 10,000 kali serta ramai yang bersetuju dengan pengisytiharan tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI