fbpx

Final Piala AFC : Ganjaran menanti skuad KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain KL City meraikan kemenangan pada aksi final antara zon menentang PFC Sogdiana di Uzbekistan awal bulan ini. - Foto IHSAN KL CITY

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) masih berteka-teki mengenai ganjaran yang bakal diterima skuad Kuala Lumpur City (KL City) menjelang aksi final Piala AFC bertemu wakil Oman, Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata, pihak persatuan menghargai usaha skuad Warga Kota yang bekerja keras dalam usaha melangkah ke final dan secara tradisi, insentif akan diberikan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan.

Kata Khalid, pemberian bonus akan diberikan kepada barisan pemain dan pegawai KL City sekiranya melakar kemenangan pada aksi final kejohanan kelab bola sepak ‘No. 2’ berprestij Asia itu nanti.

“Kita memang ada insentif atau ganjaran kepada pasukan pada setiap pencapaian. Perkara yang sama juga telah kita lakukan ketika mereka menang final Piala Malaysia tahun lalu.

“Malah, pihak kelab juga faham dengan situasi pemain kerana ada dalam kalangan mereka kekal setia bersama KL City meskipun telah mendapat tawaran dengan gaji yang lebih tinggi di tempat lain.

“Cuma, ganjaran yang diberikan nanti akan mereka terima seandainya melakar kemenangan dengan jumlah yang masih belum dapat didedahkan

“Walau apapun, saya harap semua pemain dan pasukan memberikan seratus peratus di atas padang pada aksi final nanti,” katanya pada sidang media di Stadium Kuala Lumpur, Cheras petang tadi.

Kejuaraan Piala AFC 2022 kali inj menawarkan hadiah kemenangan bernilai AS$1.5 juta (RM6.95 juta) dengan naib juara pula akan membawa pulang ganjaran AS$750,000 (RM3.47 juta).

KL City melangkah ke pentas final Piala AFC 2022 selepas berjaya menewaskan kelab Vietnam, Viettel (Zon ASEAN) kelab Indonesia, PSM Makassar, (Zon Asean), Mohun Bagan (separuh akhir Antara Zon) dan PFC Sogdiana dari Uzbekistan (final antara Zon)

Skuad kendalian Bojan Hodak itu kini mempunyai misi untuk menjadi kelab kedua Liga Malaysia menang kejuaraan Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukannya pada edisi 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI