fbpx

Enggan patuh waktu lawatan punca waris pesakit, guard bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden kekecohan membabitkan waris pesakit dan pengawal keselamatan yang tular di media sosial sejak semalam.

TELUK INTAN – Keengganan waris pesakit mematuhi peraturan waktu lawatan dipercayai menjadi punca kekecohan di Hospital Teluk Intan di sini yang videonya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kekecohan yang berlaku sekitar pukul 11 malam itu melibatkan waris pesakit dan pengawal keselamatan bertugas pada waktu kejadian.

Katanya, berdasarkan siasatan, punca insiden itu disebabkan isu menghantar salinan x-ray oleh waris kepada pesakit yang berada di wad perempuan.

“Tempoh lawatan yang diberikan pihak hospital bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 2 petang bagi sesi pagi dan sesi petang bermula pukul 4.30 hingga 7 malam.

“Pengawal keselamatan yang bertugas telah membenarkan waris itu masuk melawat sekiranya waris yang sedang menjaga pesakit di dalam wad ditukar, kerana seorang sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

“Bagaimanapun, keengganan waris mematuhi peraturan yang ditetapkan telah mewujudkan provokasi kepada pengawal keselamatan hingga berlaku pertengkaran,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan masing-masing oleh penyelia pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan bertugas.

Katanya, laporan polis oleh pengawal keselamatan berkaitan dirinya di dalam video tular itu telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar pautan video itu dipadamkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI