fbpx

Dalang simbah cat, ugut minta hutang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas Polis Johor selepas berjayakah menahan lima ahli sindiket ahlong di sekitar Iskandar Puteri, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor memberkas lima ahli sindiket ah long, sekali gus berjaya menyelesaikan sebanyak 18 kes ugutan jenayah dan simbah cat yang dilaporkan di seluruh negeri, termasuk satu di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kelima-lima suspek berusia antara 23 hingga 41 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan bermula pukul 9.30 pagi hingga 3 petang, semalam.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan di sekitar Iskandar Puteri, di sini.

“Kelima-lima suspek dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen dan melakukan ugutan jenayah dan khianat terhadap mangsa yang gagal membuat pembayaran pinjaman.

“Dengan tertangkapnya lima ahli sindiket itu, polis berjaya menyelesaikan 18 kes kejadian simbah cat dan ugutan jenayah yang dilaporkan berlaku di kawasan Wilayah Iskandar; Kluang dan Ipoh, Perak

“Sindiket ini juga didapati telah beroperasi sejak lebih tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut merampas empat buah kenderaan, 12 telefon bimbit, 46 resit transaksi bank, sebuah komputer dan satu buku catitan senarai peminjam.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah mengiklankan tawaran pinjaman wang di laman Facebook. Kadar pinjaman yang diberi adalah antara RM500 hingga RM30,000 dengan faedah dikenakan antara 5 peratus hingga 20 peratus dengan bayaran secara mingguan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI