fbpx

Culik warga Palestin: pembabitan Mossad masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang berusaha mengenal pasti kemungkinan wujud pembabitan agensi perisikan luar seperti Mossad dalam kes penculikan warga Palestin di ibu negara pada 28 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kasim berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya setakat ini tidak mempunyai maklumat mengenai wujudnya pembabitan Mossad dalam kes berkenaan.

“Kami (polis) sendiri tidak tahu macam mana boleh timbul nama agensi Mossad ini. Saya tidak tahu daripada mana dia (wartawan) dapat. Siasatan kita kini sedang berusaha mengenalpasti jika wujud kaitan agensi berkenaan dalam penculikan itu.

“Sehingga kini, kita tidak dapat lagi mengesahkan agensi-agensi luar yang terbabit ini. Jadi bila timbul spekulasi ini dia mengganggu siasatan kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kerjasama Strategik ‘RapidKL Safety Point’, di Stesen MRT Kampung Batu, hari ini.

Dalam pada itu, Azmi memohon supaya siasatan berhubung kes penculikan itu tidak diganggu kerana membabitkan sensitiviti pelbagai pihak.

Jelasnya, perkara membabitkan sensitiviti tidak wajar disiarkan termasuk juga isu keselamatan yang mana dia dimaklumkan pegawai penyiasat ada beberapa saksi namanya disiarkan.

“Jadi ini tidak baik untuk siasatan kami, ia mengganggu siasatan, sebab itu saya berharap media dapat memberikan kerjasama, jika perkara itu boleh beritahu sudah lama beritahu,” katanya.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan ada ejen perisikan dari Israel masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara ini.

Diikuti Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan, agar orang ramai hentikan spekulasi berhubung isu ini kerana boleh mengganggu siasatan dan mengelirukan masyarakat.

Jelas Azmi, pihaknya juga masih belum dapat mengesahkan kebenaran di sebalik laporan akhbar berbahasa Inggeris yang membuat dakwaan berkenaan kes penculikan lelaki Palestin berkenaan.

“Saya tak boleh nak mengesahkan sama ada laporan itu benar atau tidak sebab siasatan masih berjalan,” katanya.

Semalam akhbar berbahasa Inggeris, NST dalam laporannya mendakwa ejen Mossad sudah memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Memetik laporan itu, Mossad dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan seorang lelaki Palestin yang dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI