fbpx

Bom meletup di Myanmar, 8 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan kaca dan kesan darah dapat dilihat di lokasi letupan di Penjara Insein, Yangon, hari ini. - AFP

YANGON – Sekurang-kurangnya dua bom meletup di luar sebuah penjara di bandar hab komersial Myanmar, Yangon, hari ini, yang telah meragut nyawa lapan orang dan mencederakan 18 yang lain.

Myanmar berada dalam kemelut berpanjangan sejak rampasan kuasa oleh tentera yang menggulingkan kerajaan rakyat pimpinan Aung San Suu Kyi, menyebabkan pergolakan berlanjutan di seluruh negara.

Dalam insiden hari ini, dua bom tersebut dikatakan mengenai kawasan orang ramai yang sedang beratur untuk menyerahkan bungkusan kepada banduan di Penjara Insein, kata pihak berkuasa junta dalam satu kenyataan tanpa memberitahu jumlah letupan.

Ia bagaimanapun menyalahkan ‘pengganas’ sambil menambah, mangsa terkorban termasuk kakitangan penjara dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Tambah kenyataan sama, anggota keselamatan juga dapat menyahaktif periuk api buatan sendiri yang ditemui dekat lokasi letupan.

Menurut seorang saksi, letupan pertama berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan).

“Kemudian, dua lagi letupan menyusul pantas. Selepas itu, kami turut terdengar bunyi tembakan. 

“Saya dapat melihat orang ramai dalam keadaan berdarah. Kaca di sekitar kaunter (bungkusan) turut pecah,” katanya.

Tambah saksi lain, anggota keselamatan telah mengepung kawasan sekitar penjara era penjajahan itu selepas letupan berlaku.

Beberapa gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan keadaan selepas letupan berlaku yang memaparkan kesan darah di atas lantai dan sekitar kaunter selain tingkap kaca yang pecah.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI