fbpx

BioEneco mahu perluaskan pasaran, penuhi permintaan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempurung inti sawit (PKS) alternatif bersih dan cekap untuk penjanaan tenaga di hantar ke Jepun.

PETALING JAYA – Bio Eneco Sdn. Bhd. (BioEneco), pemaju, pengilang dan pembekal bahan api biojisim, kini bersedia untuk mengembangkan jualan bahan api biojisimnya secara eksponen seiring peningkatan permintaan dari negara seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

Pengarah Urusan syarikat, Oliver Yeo berkata, keyakinan tersebut bersandarkan kepada faktor kejayaan syarikat mengembangkan portfolio jualan dengan kejayaan meraih kontrak di Jepun dan Filipina baru-baru ini.

Sehingga kini, BioEneco telah mengeksport berjuta-juta tan bahan api biojisim bergred tinggi ke seluruh dunia yang mana produknya boleh ditemui dan digunakan secara meluas di loji jana kuasa dan loji perindustrian di benua Asia.

Menurut beliau, syarikat jugamerancang untuk membekalkan 2.3 juta tan metrik (MT) bahan api biojisim ke seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Syarikat juga menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada Jepun, yang mempunyai unjuran jumlah permintaan biojisim sebanyak 23 juta tan pada 2025, hampir tiga kali ganda daripada kadar semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Yeo menerangkan, bagi memudahkan lagi program pengembangan eksportnya, BioEneco bercadang untuk mengembangkan hab biojisimnya berdekatan Northport, Pelabuhan Klang.

“Jepun adalah pasaran biojisim kelima terbesar di dunia, ekoran kemalangan nuklear Fukushima Daiichi 2011, kerajaan Jepun telah beralih kepada tenaga boleh diperbaharui berbanding bergantung kepada fosil sebelum ini.

Jelas Yeo, sehingga kini, lebih 800 projek kuasa biojisim yang menjana lebih daripada 16 gigawatt telah diluluskan dan ini secara berkesan telah mendorong permintaan untuk bahan api biojisim seperti Tempurung Inti Sawit (PKS) dan pelet kayu apabila lebih banyak kemudahan tenaga boleh diperbaharui mula bero­perasi.

Tambah beliau, syarikat juga telah memperoleh kontrak daripada syarikat multi nasional terkemuka untuk membekalkan bahan api biojisim kepada loji jana kuasa di Jepun dan menjangkakan untuk memperoleh lebih banyak lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Selain itu, BioEneco menerangkan, penghantaran PKS pukal pertama yang seberat 6,800 tan metrik ke Filipina itu dihantar oleh BioEneco dan tiba di Pelabuhan Manila baru-baru ini.

PKS digunakan secara meluas sebagai alternatif yang bersih dan cekap kepada arang batu lombong tradisional untuk penjanaan tenaga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI