fbpx

Azhar, pesakit strok selamat tiba di KLIA dari Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) menyantuni Azhar yang tiba di KLIA, Sepang. - Foto AMREE AHMAD

SEPANG – Selepas hampir dua bulan bertarung nyawa di Korea Selatan, Azhar Mohamad akhirnya tiba di tanah air dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH67 dari Seoul tadi.

Kepulangan warga Malaysia yang bertugas di sebuah kilang di sana disambut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Turut mengiringinya yang selamat terbang terus dari Incheon, Seoul itu ialah dua adik perempuannya serta seorang sepupu.

Azhar yang masih bujang dan sudah bekerja di Korea Selatan hampir lima tahun kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.

Kisah rakyat Malaysia ini mula tular selepas media melaporkan operator pengeluaran di Jincheon itu ditemui rakannya di lantai rumah sewanya akibat diserang strok.

Keluarganya di tanah air kemudian memohon ihsan sumbangan hampir 87 juta Won (kira-kira RM283,000) bagi kos perubatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Nasional Chungbuk.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin berkata, beliau berpuas hati kerana pihak Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan turut banyak membantu terutama dari segi perkhidmatan konsular.

Bahkan, pihak hospital di sana turut bersetuju agar keluarga Azhar hanya perlu membayar secara ansuran baki 37 juta Won (kira-kira RM126,000) dalam tempoh 12 bulan akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI