fbpx

Amaran ribut petir di sembilan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan negeri sehingga pukul 2 petang hari ini.

MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah Timur dan Lahad Datu.

“Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” ujarnya.

MetMalaysia dalam satu kenyataan lain menyatakan bahawa Nasihat Ribut Tropika Kuat (NESAT) yang berjarak kira-kira 1335 KM ke Barat Laut Kudat boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Laut Cina Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI