PETALING JAYA – Sistem pendidikan di negara ini perlu dikaji semula agar peruntukan lebih masa diberikan bagi pembelajaran subjek tertentu supaya tidak terlalu pendek sehingga murid gagal menguasainya. Murid-murid terutama bagi tahap satu juga tidak sepatutnya diasak dengan silibus terlalu tinggi yang tidak selari dengan penguasaan peringkat kanak-kanak. Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd. Nazri Abdul Rahman berkata, silibus pembelajaran yang diperkenalkan di sekolah sama ada peringkat rendah mahu pun menengah adalah terlalu tinggi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya