AKTOR tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) mendedahkan dia pernah berasa ragu dan tidak percayakan isterinya, Gauri Khan.
Bukan ragu kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, tetapi akuinya, dia kurang yakin, adakah wanita itu mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.
Memetik laporan Hindustan Times, SRK mengetahui bahawa Gauri bukanlah seorang wanita yang sukakan kanak-kanak ketika awal perkenalan mereka.
“Gauri tidak sukakan kanak-kanak. Jadi bagaimana dia akan melayan anak-anak kami nanti? Sebab itu saya pernah berasa ragu sama ada dia mampu menjadi seorang ibu yang baik atau tidak,” katanya.
Bagaimanapun, sangkaan pelakon filem Dilwale itu meleset apabila isterinya menunjukkan peranan yang baik sebagai ibu apabila menyayangi dan menjaga kesemua anak-anak mereka dengan baik.
“Saya sangat terkejut apabila Gauri sebenarnya seorang ibu yang luar biasa. Dia adalah contoh ibu yang baik untuk anak-anak saya,” ujar pelakon itu.