fbpx

Sandara Park kekalkan berat badan 38kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDARA PARK

DENGAN memiliki berat 38 kilogram (kg)dan tinggi 155 sentimeter (sm), Sandara Park merupakan antara artis idola paling kurus dalam sejarah.

Bagaimanapun, berat badan penyanyi itu pernah pernah melonjak ke 47kg selepas mengikut cara pemakanan rakan sekerjanya iaitu Kim Sook sewaktu menjadi pengacara dalam Video Star.

Tetapi akui Sandara, dia enggan kembali kembali kepada berat itu kerana menyedari 47kg bukanlah berat yang sesuai dengan ketinggiannya.

“Penggaya saya terkejut dengan perbezaan berat dan meminta untuk turunkan berat badan. Selepas saya tukar agensi, naib presiden menegur berat saya sehingga saya tidak mampu berhadapan dengannya,” jelas Sandara atau nama pentasnya Dara.

Menurut bekas kumpulan 2NE1 itu, walaupun angka tersebut masih dalam kategori kurus tetapi sebagai idola dan selebriti, dia bertanggungjawab untuk menjaga kecantikan diri.

Selama ini, peminat menyangka Dara kurus secara semula jadi kerana dia tidak pernah mengamalkan rejim diet seperti ahli 2NE1 lain iaitu Park Bom yang selalu mengawal pemakanan.

Dara mendedahkan, punca mengapa dia memiliki fizikal yang kecil kerana terbiasa dengan amalan mengambil kuantiti makanan dalam hidangan yang sedikit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI