fbpx

PRU15: Saya boleh berfungsi lagi – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir 

LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau masih mempunyai kekuatan dan kesihatan yang baik untuk bekerja sekiranya perlu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu bagaimanapun berkata, hasrat untuk mengemudi negara itu hanya akan ditentukan jika Gerakan Tanah Air (GTA) menang serta terdapat desakan untuk beliau kembali ke Putrajaya.

“Saya setakat ini boleh berfungsi lagi. Saya boleh bergerak, saya boleh bercakap. Saya boleh berunding, saya boleh ini semua. Walaupun umur saya lebih tetapi saya masih lagi boleh bekerja.

“Kalau nak juga (dilantik sebagai Perdana Menteri) tak akan lah saya nak tolak tapi seboleh-bolehnya taklah (tidak mahu),” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan GTA Langkawi di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir terbuka apabila terdapat desas-desus mengatakan kerusi Parlimen Langkawi akan ditandingi ramai calon termasuk bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Ezam Mohd. Nor.

“Kalau dia nak bertanding okay sahaja, ini (negara) demokrasi membenarkan siapa sahaja bertanding, kalau sampai 100 orang bertanding di Langkawi pun okay,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI