fbpx

Polis bergaduh di KSAB pertahan diri, pemandu lori ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki mendakwa dipukul seorang anggota polis di KSAB, Iskandar Puteri semalam.

ISKANDAR PUTERI – Anggota polis trafik yang tular dalam satu rakaman video memaparkan pihaknya sedang ‘bergaduh’ dengan seorang orang awam di Kompleks Sultan Abu Bakar, di sini baru-baru ini hanya mempertahankan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, orang awam yang merupakan seorang pemandu lori treler terbabit bertindak agresif terlebih dahulu.

Menurut beliau, pemandu lori treler berkenaan telah ditahan dan akan dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan.

“Semalam, polis mengesan satu video berdurasi 50 saat di laman sosial TikTok memaparkan seorang lelaki tempatan dipukul oleh anggota polis trafik di KSAB.

“Semakan mendapati anggota polis trafik berkenaan telah membuat satu laporan polis memberitahu ketika kejadian, dia sedang bertugas melakukan pemantauan lalulintas di kompleks berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, anggota itu kemudian mendapati sebuah lori treler berada di lorong kanan yang telah dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja, pemandu lori treler itu enggan memberi kerjasama semasa pemeriksaan dilakukan.

“Selain mengeluarkan kata-kata kesat, pemandu tersebut juga telah bertindak menumbuk muka anggota sebanyak dua kali selain menendang motosikal anggota.

“Akibat tindakan itu berlaku pergelutan dimana anggota berkenaan cuba mempertahankan dirinya,” katanya.

Tambah Rahmat, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut yang akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam video berkenaan, seorang lelaki mendakwa dia dipukul seorang anggota polis dengan menggunakan sebatang besi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI