fbpx

Muka cantik, tapi bilik dipenuhi longgokan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik Nia dipenuhi longgokan sampah yang terdiri daripada bekas plastik makanan dan minuman. – Nurhayati/Detik

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dialami seorang pemilik rumah sewa yang terkejut apabila mendapati bilik yang dihuni salah seorang penyewa dipenuhi  timbunan sampah, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video tersebut, pemilik rumah sewa di Karawang, wilayah Jawa Barat itu membuka pintu bilik salah seorang penyewa yang dikenali sebagai Nia bagi memeriksa keadaan wanita itu.

Ini kerana Nia dikatakan tidak bercampur dengan teman-teman serumah yang lain selain tidak pernah membuka pintu biliknya dengan luas.

Bagaimanapun, pemilik rumah berkenaan terkejut apabila mendapati  bilik itu dipenuhi longgokan sampah yang terdiri daripada bekas plastik makanan dan minuman.

“Setiap hari dia tidak pernah bercampur dengan rakan serumah yang lain. Kalau masuk ke dalam rumah pun diam-diam sahaja dan tidak menjawab pertanyaan. Rupa-rupanya apabila pintu bilik dibuka, penuh dengan longgokan sampah, padahal dia seorang wanita cantik,” demikian menurut keterangan video yang dikongsikan di laman TikTok.

Tambah pemilik video yang dikenali sebagai Nurhayati itu, dia hairan bagaimana teman serumahnya itu boleh tidur dengan keadaan bilik dipenuhi sampah-sarap.

“Bagaimana dia boleh tidur sedangkan tandas pun penuh (sampah),” ujar Nurhayati.

Video tersebut turut memaparkan katil Nia yang dilitupi oleh sampah. Antara sampah yang boleh dilihat adalah kertas pembalut hadiah, botol minuman, air mineral dan kotak makanan.

Pemilik rumah sewa tersebut dilihat membuang sampah-sarap tersebut menggunakan sarung tangan dan guni.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Hoarding disorder. Dia takut kehilangan barang-barang yang pernah dipakai kerana menyangkakan akan terjadi perkara buruk jika dibuang,” kata seorang netizen.

“Nia memerlukan bantuan psikiatri,” kata seorang lagi pengguna.

Sehingga kini, tidak dinyatakan punca Nia membiarkan biliknya dipenuhi dengan longgokan sampah-sarap tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI