fbpx

Mardi perkenal lima produk baharu sempena Hari Inovasi 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) pada majlis pelancaran produk baharu bersempena Hari Inovasi Mardi 2022.

PETALING JAYA – Hari Inovasi Mardi 2022 yang dilancarkan hari ini turut memperkenalkan lima produk baharu yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Produk baharu itu adalah Teknologi Floc Test untuk mengesan penyakit padi,  Teknologi Nano Formulasi untuk penyakit padi,  Slow-release energy bar  iaitu bar pembebasan tenaga berkala, High-energy Candy, kandi bertenaga tinggi dan Recovery Sports Drink – Minuman Pemulihan Sukan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena sambutan Hari Inovasi Mardi 2022, Ahmad menjelaskan, Hari Inovasi Mardi yang diadakan setiap tahun merupakan satu platform bagi kakitangan  mempersembahkan hasil kajian yang berinovatif selari dengan tanggungjawabnya sebagai Institusi penyelidikan agro makanan utama Negara. 

“Dengan bertemakan ‘R&D Memperkasa Sekuriti Makanan’, tema tersebut bertepatan dengan isu global masa kini yang dialami oleh seluruh dunia termasuklah Malaysia ditambah pula peperangan negara luar, perubahan cuaca yang semakin meruncing dan sebagainya. 

“Impaknya, sekuriti makanan dalam negara semakin terancam dan hal ini menjejaskan aktiviti serta rantaian bekalan makanan bagi industri pertanian dan makanan,” jelasnya.

Tambah beliau, Mardi sentiasa menerapkan pendekatan-pendekatan baharu dalam penyelidikan bagi menghasilkan inovasi dah teknologi untuk sektor pertanian dan industri makanan. 

Fokus penyelidikan yang dijalankan adalah untuk menangani isu-isu berkaitan bagi mengurangkan kebergantungan import dan meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam negara bagi menjamin sekuriti agro makanan negara. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI