fbpx

Lelaki berani ‘karate’ beruang semasa diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang tersebut cuba menyerang pendaki berkenaan beberapa kali sebelum akhirnya melarikan diri di sebalik semak-samun. - Bear attacks climber/YouTube

TOKYO – Seorang pendaki mengalami detik cemas apabila dia dikejar dan diserang seekor beruang ketika memanjat tebing batu di sebuah kawasan pergunungan di Jepun, lapor akhbar New York Post semalam.

Berdasarkan perkongsian rakaman video, lelaki itu terse­rempak dengan seekor beruang hitam ketika memanjat tebing batu di Gunung Futago awal bulan ini. Mangsa bertarung untuk menyelamatkan nyawanya.

Beruang itu yang cuba melindungi anaknya, menye­rang lelaki berkenaan beberapa kali, menyebabkan mangsa menendang, menjerit serta  me­numbuk haiwan itu.

Beruang itu berundur  sebelum kembali mara untuk menye­rang individu tersebut.

Selepas kira-kira 30 saat, beruang itu melarikan diri bersama anaknya di sebalik semak-samun, meninggalkan pendaki tersebut yang kekal dalam keadaan berwaspada jika  diserang sekali lagi.

Menurut laman berita TMZ, pendaki tersebut mengaku bahawa dia menceroboh kawasan beruang, namun katanya, dia juga perlu mempertahankan diri selepas diserang binatang buas berkenaan.

Tambah lelaki sama, gabungan seni mempertahankan diri dan karate telah menyelamatkan nyawanya ketika serangan berlaku. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI