fbpx

Koleksi premium pada harga mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOLEKSI tersebut merangkumi pakaian gaya jalanan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

GAYA jalanan atau streetwear mempunyai pengikutnya tersendiri, memandangkan ia merangkumi budaya pop masa kini.

Bagaimanapun, gaya tersebut masih mengekalkan estetika sukan dan muzik.

Malah, seleksi busana yang ringkas dan selesa menjadikan gaya jalanan sebagai antara paling diminati sepanjang zaman.

Baru-baru ini, sebuah jenama tempatan yang sinonim dengan seleksi pakaian sukan memperkenalkan koleksi premium selepas bekerjasama dengan pereka terkenal tanah air, Datuk Jovian Mandagie.

Cheetah Holdings Berhad (Cheetah) memperkenalkan rangkaian pakaian kasual dan gaya jalanan untuk lelaki, wanita serta kanak-kanak menerusi koleksi Cheetah Exclusives.

Ia menampilkan motif cetakan paisley dengan sentuhan Jovian dalam pelbagai warna menarik.

Untuk makluman, paisley merupakan corak ikonik menyerupai bentuk titisan air mata melengkung yang dikenali sebagai boteh.

Boteh bermaksud bunga dalam bahasa Parsi. Ia merupakan satu cetakan yang telah ‘mengembara’ dari Parsi ke India serta merentasi dunia dari timur ke barat.

Kini, ia menjadi antara motif paling digemari pada pakaian.

KOLEKSICheetah Exclusives tampil dengan
motif paisley hasil sentuhan Jovian.

Antara busana ditawarkan di bawah koleksi tersebut termasuk jaket denim, kemeja-T, hoodie dan dres labuh dengan potongan longgar.

Ketua Pegawai Eksekutif Cheetah, Victor Lim Leong Poh berkata, kerjasama dengan Jovian menampilkan seleksi pakaian baharu yang lebih segar, namun masih mengekalkan gaya signatur Cheetah.

“Kami di Cheetah yakin, pasaran runcit fesyen tempatan kini sedang berkembang. Ia merupakan masa yang sesuai untuk memasuki pasaran mewah menerusi koleksi Cheetah Exclusives.

“Individu yang mengetahui tentang pakaian eksklusif ialah Jovian,” ujarnya.

Mempertaruhkan cetakan motif paisley dengan gabungan material berkualiti yang sinonim dengan jenama itu, koleksi Cheetah Exclusives boleh digayakan oleh peminat gaya jalanan.

Rona-rona universal seperti hitam, putih dan biru yang mendominasi koleksi itu turut menjadi tarikan, kerana ia bersifat evergreen dan sesuai digayakan sepanjang tahun.

Koleksi baharu itu juga bersifat inklusif dengan membawakan pelbagai jenis busana untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Menurut Jovian yang juga Pengarah Kreatif Cheetah, sentuhan peribadinya pada koleksi tersebut adalah sesuatu yang baharu, namun masih mengekalkan estetika asal pada jenama Cheetah.

“Saya yakin Cheetah begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia, memandangkan rata-rata daripada kita membesar dengan jenama ini.

“Justeru, sentuhan segar pada rekaan dan koleksi premium ini masih mengekalkan gaya signaturnya, namun ia diserlahkan dengan motif dan material yang lebih premium,” ujarnya.

Tambahnya, biarpun kini sudah memasuki pasaran pakaian mewah, harga bagi koleksi Cheetah Exclusives masih dalam kategori mampu milik.

Ia ditawarkan pada harga bermula RM69 hingga RM299.

“Biarpun koleksi ini dalam rangkaian eksklusif, tetapi ia masih lagi mampu milik kerana Cheetah satu jenama pakaian sukan dan kasual terkenal di negara ini sejak dahulu lagi,” ujarnya.

Koleksi Cheetah Exclusives boleh dibeli di semua cawangan Cheetah di seluruh negara dan juga menerusi laman web www.cheetah.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI