fbpx

Isteri ketiga didakwa serang madu dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penternak kambing yang juga isteri ketiga tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan madu keempatnya dengan parah di Felda Lui Timur, Jempol, Sabtu lalu. - Foto NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang penternak kambing yang juga isteri ketiga tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini atas tuduhan mencederakan madu keempatnya dengan parah di Felda Lui Timur, Jempol, Sabtu lalu.

Tertuduh, Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Ruslan, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh dihadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, pada 15 Oktober lalu kira-kira pukul 4.30 petang, di hadapan halaman rumah Felda Lui Timur dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa berusia 41 tahun dengan menggunakan satu alat iaitu parang.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan akta yang sama.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Amirul dalam pendakwaannya memohon satu tarikh perbicaraan dan tidak menawarkan sebarang jaminan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI