fbpx

Israel digesa hantar bantuan senjata perang kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bateri sistem peluru berpandu pertahanan Iron Dome Israel, yang direka untuk memintas dan memusnahkan roket jarak dekat dan peluru artileri yang masuk, ditempatkan di selatan Israel. - AFP

BAITULMUQADDIS – Menteri Hal Ehwal Diaspora Luar Israel, Nachman Shai menggesa pentadbirannya untuk mula menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor laman  berita RT kelmarin.

Gesaan itu dibuat menerusi kenyataan di laman Twitter sambil mendakwa, bantuan senjata itu a wajar dilakukan kerana Iran kini  membekalkan peluru berpandu balistik kepada Rusia.

“Tiada lagi keraguan mengenai pendirian Israel dalam perang antara kedua-dua  negara ini.

“Masanya sudah tiba untuk Ukraine menerima bantuan ketenteraan daripada Israel sama seperti yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),” kata Shai dalam komen di laman Twitter.

Iran menafikan membekalkan senjata kepada kedua-dua pihak dengan alasan membekalkan senjata kepada mana-mana negara dalam krisis tersebut hanya akan memanjangkan perang yang sudah memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Jurucakap Kementerian Luar, Nasser Kan’ani menolak laporan mengenai penghantaran dron ke Russia untuk digunakan dalam perang Ukraine sebagai tidak berasas dan jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menyebut dakwaan itu sebagai berita palsu.

Israel telah pun membekalkan Ukraine dengan bantuan bukan senjata termasuk peralatan ketenteraan, manakala terdapat desas-desus bahawa Rejim Zionis membekalkan sistem pertahanan peluru berpandu kepada Kiev melalui sektor swasta.

Meskipun Ukraine  berulang kali meminta Israel membekalkan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, Tel Aviv menolak permintaan tersebut setakat ini.

Alasan yang diberi adalah teknologi yang mempertahankan negara kecil seperti Israel tidak akan berkesan di negara besar seperti Ukraine kerana ia tidak akan melindungi daripada peluru berpandu jarak sederhana dan jauh yang digunakan oleh Russia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI