fbpx

Henti sebar video kereta terbakar – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ meminta ibu bapa memantau platform media sosial anak-anak supaya tidak menyebarkan lagi video tragedi meruntun jiwa tersebut.

PETALING JAYA – “Tolong jangan sebarkan video kemalangan kereta terbakar itu.

Demikian permintaan pelakon Sharnaaz Ahmad berharap tiada lagi perkongsian video kebakaran yang meragut nyawa seorang wanita di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Sedenak, Johor pada 16 Oktober lalu.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu merasakan penyebaran video tragedi itu sebagai tidak sensitif di saat ahli keluarga Allahyarham Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, sedang berduka.

“Aku tak tengok dan tak nak tengok. Hormatilah musibah yang Allah uji kat dia dan kita,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram Story.

Pada masa sama, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu memohon agar ibu bapa memainkan peranan memantau platform peribadi anak-anak.

Sejak kelmarin, video kebakaran menyayat hati berdurasi 37 saat itu memperlihatkan suami mangsa, Redzuan Jamil, 28, menjerit tidak akan meninggalkan isterinya tular di media sosial.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira pukul 7.45 malam itu, dua individu maut dalam kenderaan yang terbakar susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Nahas berkenaan melihatkan sebuah lori Isuzu serta tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

Ketika kejadian, Nurul Nazihah dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, sementara suaminya berjaya ditarik orang awam keluar dari kereta.

Video tular kemalangan maut tersebut meruntun jiwa ramai yang turut melahirkan simpati terhadap suami Allahyarham.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI