fbpx

Harga ayam masih dibawah paras kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Harga runcit ayam masih berada di bawah paras kawalan maksimum iaitu RM9.40 sekilogram berdasarkan cerapan harga harian yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Sabtu lalu.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, harga purata nasional bagi ayam runcit adalah RM9.18 sekilogram manakala harga purata di Semenanjung pada kadar RM9.13 sekilogram.

“KPDNHEP memandang serius laporan media tempatan mengenai peningkatan harga runcit ayam dan program mekanisme kawalan harga maksimum bagi ayam dan telur telah dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

“Seperti komoditi lain, harga bagi ayam dan telur ayam akan turut terkesan dan mengalami perubahan selaras dengan pergerakan kos input pengeluaran seperti jagung bijian dan makanan berasaskan kacang soya.

“Namun begitu, kerajaan akan terus komited dalam memastikan harga di setiap rangkaian bekalan tidak akan melebihi harga maksimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Program Jualan Murah Keluarga Murah (PJMKM) yang dianjurkan turut menawarkan harga lebih rendah sehingga 20 peratus berikutan terdapat subsidi tambahan jualan bagi memastikan harga di bawah harga kawalan maksimum.

Tambah beliau, KPDNHEP juga telah membentangkan status kedudukan harga dan bekalan semasa ayam dan telur tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, penternak, pemborong dan peruncit yang gagal mematuhi kawalan harga maksimum akan dikenakan tindakan di bawah akta- akta berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI