fbpx

GV9 hapus bosan hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan penyanyi Jaclyn dan Aina Abdul pada pentas Gegar Vaganza musim kesembilan pada minggu lalu.

BAYANGKAN tanpa Gegar Vaganza (GV), betapa sepinya malam-malam hujung minggu buat penggemar program nyanyian yang hanya mengharapkan platform televisyen sebagai peneman di ruang tamu.

Ada juga program-program lain seperti telefilem dan nyanyian dengan konsep hampir serupa cuba mencelah, namun kedekatannya dengan jiwa khalayak tidaklah menusuk sebagaimana GV yang sentiasa ada kejutan.

Khalayak akan sentiasa ternanti-nantikan, apa lagi, siapa kandas dan siapa paling hebat, sedangkan masing-masing sudah dapat menjangkakan suhu pertandingan setiap minggu.

Memasuki musim kesembilan, program-program yang pernah menamakan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina Azhar, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu dan Hardi Mirza (juara berkembar), Clift Umar dan terkini, Aliff Aziz sebagai juara tersebut awalnya difikirkan seperti telah kontang idea.

Siapa lagi penyanyi lama yang hendak di’badut’kan sebagai peserta dan apa lagi drama yang hendak direka bagi mengekalkan momentum, melonjakkan keterujaan peminat dari minggu ke minggu seterusnya menjadikan GV9 sebuah program hiburan dengan rating tinggi tetapi masih berkelas tinggi.

Bagusnya, GV sudah tidak lagi diganggu gugat drama remeh, penaja lebih sudu daripada kuah, komen-komen yang menimbulkan pergaduhan atau tuduhan peserta bergaduh sesama sendiri. Semua itu tidak berlaku dan belum mencemarkan ‘maruah’ GV9.

Melepasi konsert minggu kelima, GV9 tetap laku dan semakin mengganas sampai ada ‘naga di atas pentas’. Cabaran persembahan peserta semakin sengit.

Nyanyian bagus bukan lagi penentu sebaliknya, ‘X Factor’ yang dicari-cari. Bak kata Datuk Ramli MS selaku juri tetap, ‘we want more’!

Sama seperti kehangatan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berkocak sejak pembubaran Parlimen 10 Oktober lalu, kepanasan GV9 dengan penyingkiran Part Candy pada konsert minggu kelima menjadikan ‘road to final’ semakin membara.

Biarpun masih ada yang terselamat dan tinggal beberapa peserta kategori ‘penyendal’ sedang menunggu giliran untuk mengucapkan selamat tinggal, calon ke final sudah dapat diramal.

Sama juga dengan calon-calon Yang Berhormat (YB) yang bakal bertanding atau bakal melepaskan kerusi pada PRU15 nanti. Bezanya calon YB masih sedang berjuang menempatkan diri sementara penamaan calon belum diputuskan. Calon juara GV9 pula masih berbaki tiga minggu konsert sebelum malam separuh akhir dan menjelang 20 November kelak, pemilik kerusi utama GV9 akan diketahui.

Dalam tempoh sama, kegelisahan suhu politik negara juga sedang menggelegak, entah sudah ada kerajaan baharu atau belum pada 20 November nanti, sama-samalah kita nantikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI