fbpx

Ebit Lew sebak mendengar amalan baik mangsa kemalangan Sedenak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit lew memeluk erat suami Nurul Nazihah semasa kunjungannya ke rumah keluarga mangsa hari ini.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew sebak apabila mendengar kisah baik Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang terlibat dalam kemalangan menyayat hati di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sedenak, Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Ebit turut turut menangis apabila keluarga arwah bercerita amalan dan kebaikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya.

Ebit berkata, keluarga tersebut ada memberitahu bahawa jenazah Nurul Nazihah sempurna walaupun kereta dinaikinya rentung.

“Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik dari umrah sekeluarga.

“Dengar amalan baik arwah, dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga.
Menangis mendengar kisah baik arwah ini,” tulis Ebit di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Ebit berkata, ketika dia sampai di rumah keluarga arwah, mereka terharu dan menangis gembira menyambutnya.

“Sampai tadi mereka menangis gembira terharu diziarah. Berkongsi mereka terpilih oleh Allah kerana sayang Allah pada mereka.

“Sayu lihat wajah suami, mak ayah dan adik beradik arwah. Baik-baik semuanya, semoga terus kuat dan tabah ya. Insya-Allah jumpa semula di sana nanti dalam syurga, “doanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita maut akibat tersepit di dalam sebuah kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sedenak, Sabtu lalu.

Bagaimanapun suami mangsa sempat menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai sebelum api marak dan telah memusnahkan kereta jenis Proton Wira yang dinaiki pasangan tersebut.

Kejadian itu juga tular di laman sosial apabila pengguna jalan raya memuat naik klip video yang memaparkan suami mangsa meraung dan merayu orang ramai menyelamatkan isterinya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI