fbpx

CSR dan sekolah ganding bahu jaga alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zuki dan Anis bersama murid sekolah menanam pokok buah durian Belanda sebagai simbolik usaha sama kedua pihak untuk program kelestarian.

PETALING JAYA – 30 sukarelawan dari Central Sugars Refinery’s (CSR) bergabung tenaga dengan para pelajar dan guru menerusi Program Kelestarian CSR Bersama SKS 9 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 (SKS 9), Shah Alam, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Zuki Wan Abdullah berkata, ia dianjurkan bersempena Hari Alam Sekitar Negara di mana CSR telah memilih untuk mempromosikan program kesedaran alam sekitar dan mendidik pelajar melalui Projek Penanaman Pokok.

“Ia disambut setiap tahun pada 21 hingga 27 Oktober, dan projek kali ni bertujuan untuk mendidik pelajar tentang kepentingan perlindungan alam sekitar.

“CSR komited untuk memastikan bahawa agenda-agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dibincangkan dengan baik dan diterima pakai dalam operasi perniagaan kami,” katanya.

Dalam majlis sama, CSR turut menyampaikan tajaan RM10,000 kepada SKS 9 sebagai tanda sokongan kepada agenda kelestarian sekolah tersebut.

“Pemilihan SKS 9 bertepatan dengan objektif kelestarian kami kerana SKS 9 telah aktif dalam inisiatif kelestarian dan diiktiraf sebagai Sekolah Lestari oleh Jabatan Sekitar (JAS) Selangor.

“Pencapaian terbaharu mereka sebagai antara tiga buah sekolah terbaik yang menerima Anugerah Alam Sekitar 2022 di Selangor mencerminkan dedikasi mereka terhadap usaha itu,” tambahnya.

Acara dimulakan dengan menanam pokok durian Belanda oleh Mohamad Zuki dan Guru Besar SKS 9, Anis Iberahim, sebelum semua peserta terlibat bekerjasama mengindahkan susun atur taman dan menanam anak pokok buah-buahan.

Mohamad Zuki berkata, CSR akan menggerakkan agenda ESGnya secara lebih konsisten dari masa ke masa melalui penglibatan warga kerjanya terutamanya bersama golongan muda.

“Agenda ini juga selari dengan komitmen kelestarian CSR sendiri yang berpandukan kepada VIVE, sebuah program sukarela yang berterusan untuk rantaian bekalan gula dengan fokus untuk penambahbaikan yang berterusan dalam prestasi kelestarian,” katanya.

CSR merupakan kilang penapisan gula pertama di Asia yang mencapai pensijilan VIVE Claim Level, satu piawaian penanda aras program kemampanan merangkumi aspek-aspek utama dalam bidang People, Planet dan Profit bermula daripada hak pengeluar kepada pengguna dan pelanggan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI