fbpx

Cikgu Fadli mohon surat tular KPM diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat Mohd. Fadli di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – “Diminta mana-mana ‘admin’ yang memuat naik surat Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tarik balik,” katanya.

Demikian makluman yang dibuat Mohd. Fadli Mohamed Salleh berkenaan surat tular yang memutuskannya bebas daripada tindakan tatatertib KPM, hari ini.

Terdahulu, sebuah surat tular di media sosial menyatakan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Mohd. Fadli telah digugurkan.

Perkara itu juga disahkan sekali lagi oleh guru matematik itu menerusi siaran secara langsung di Facebooknya, sebentar tadi.

“Adoi. Surat tu ‘leak’ (bocor) pulak dah. Macam mana boleh leak ni? Tak debor dah la. Tapi ‘live’ tetap diteruskan pukul 8:30.

“Ada beberapa isu perlu dijelaskan dan diminta mana-mana admin yang ‘share’ (kongsi) surat tu (untuk) tarik balik. Ia sulit. Kongsi keputusan tak apa, bukan surat,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Lembaga Tatatertib KPM memutuskan Mohd. Fadli tidak bersalah dan bebas daripada tindakan tatatertib, hari ini.

Ia susulan, Mohd. Fadli melalui media sosialnya mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI