fbpx

Cikgu Fadli: Ada batasan, saya tidak campur tangan – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadli (kiri) dan Mohd. Radzi.

SHAH ALAM – ” Saya tidak boleh campur tangan”.

Demikian tegas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berhubung tindakan terhadap guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh.

Mohd. Radzi berkata, ada batasan dan ruang lingkup tertentu meskipun beliau merupakan menteri untuk mencampuri urusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

“Saya tidak boleh, bukan dalam ruang lingkup saya sebagai menteri untuk campur tangan dalam lembaga tatatertib.

“Ia ada ‘border’ (batasan) di mana keputusan itu akan dihantar kepada cikgu tersebut melalui ketua jabatan pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif ‘Reading Progress’ Di Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan keputusan hasil mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan akan diserahkan kepada guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh, hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Fadli melalui laman media sosialnya mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Mengulas mengenai dakwaan istilah ‘Napoleon Kecil’ (Little Napoleon) dalam kes Mohd. Fahli itu, Mohd. Radzi memaklumkan apabila mengenai tatatertib adalah melibatkan proses selepas mendapat laporan dan perlu dilakukan secara profesional.

“Apabila berbicara tentang Lembaga Tataterib, minister has to distance from it namun saya percaya lembaga tersebut buat keputusan dengan profesional selepas melakukan penilaian yang sewajarnya.

“Kalau nak kata guru hendak sampaikan maklumat, dalam mana-mana sesi perjumpaan dialog saya dengan guru bahawa tidak pernah saya tutup ruang dengan banyak penambahbaikan dilakukan kementerian berdasarkan pandangan guru-guru,” katanya.

Jelasnya, ini termasuk pendekatan mengurangkan beg berat dengan menghadkan mata pelajaran tahap satu dihadkan kepada tiga kepada empat pelajaran.

“Ada sekolah sampai tujuh mata pelajaran sehari dan pendekatan kita kurangkan mata pelajaran selain loker.

“Banyak transformasi dilakukan kemneterian hasil dilakukan hasil berbincang dan maklumbalas daripada guru-guru, pentadbir, ibu bapa dan orang-orang terlibat. Jadi untuk kata kita tidak dengar pandangan pelbagai pihak adalah tidak tepat,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI