fbpx

Berhati-hati dengan dakwaan berhubung keturunan Nabi – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ga,bar individu tersebut yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai mengambil langkah berhati-hati berhubung dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad.

Jakim dalam satu hantaran di ruangan komen memaklumkan setakat hari ini, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu terbabit.

“Jakim mengambil maklum mengenai kehadiran seorang yang dikatakan tokoh ulama dari Maghribi yang berkunjung ke Malaysia.

“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan pengguna Facebook.

Terdahulu, timbul dakwaan lelaki berkenaan terlibat dalam beberapa kesalahan seperti penipuan wang dan nasab sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

Dalam pada itu, Jakim percaya bahawa Pihak Berkuasa Agama Negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran lelaki tersebut.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan melarang penganjuran ceramah atau program Maulidur Rasul yang melibatkan kehadiran lelaki berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI