fbpx

Wanita hamil nyaris lemas terjun Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita sarat mengandung diselamatkan pemandu bot dan kaki pancing berdekatan tiang 32, Jambatan Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Seorang wanita hamil ditemui hampir lemas dibawa arus berdekatan tiang 32, Jambatan Pulau Pinang, di sini semalam.

Kejadian itu disedari seorang pemandu bot pancing ketika mahu merapatkan bot pada tiang berkenaan kira-kira pukul 6.45 petaang.

Mohd. Sobri Karim, 37, berkata, dia terkejut apabila mendapati seorang wanita terjatuh di tengah-tengah iaitu antara bot dan tiang jambatan.

“Bunyi sangat kuat. Ketika itu, terdapat seramai empat orang kaki pancing berada di atas bot. Saya nampak jelas wanita itu dalam keadaan tenggelam timbul dan hampir lemas dibawa arus.

“Saya pantas meminta pemancing melepaskan tali penambat bot ke arah wanita itu lalu melilit tangannya. Kami berjaya mengangkatnya naik ke atas bot.

“Sebaik dibawa naik, saya terkejut melihat wanita dalam lingkungan umur 20-an dan berpelitup muka itu rupanya sarat mengandung dipercayai enam bulan. Dia hanya meracau dan menangis sepanjang dibawa ke Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Mohd. Sobri memberitahu, wanita tersebut telah diserahkan kepada anggota anggota polis dan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba ke situ sebaik dihubungi semasa dalam perjalanan.

Terdahulu, video yang dimuat naik Mohd. Sobri menerusi Tik Tok telah tular di media sosial termasuk platform WhatsApp hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI