fbpx

Uganda kenakan perintah berkurung di 2 daerah, sekat penularan Ebola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Palang Merah membawa beg mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang disyaki mati akibat Ebola di Mubende. - Getty Images

KAMPALA, Uganda – Dua daerah di Uganda diarahkan menjalani perintah berkurung selama 21 hari berkuat kuasa serta-merta bagi membendung penularan wabak Ebola di negara itu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Perintah berkurung yang diumumkan Presiden Yoweri Museveni itu turut melibatkan larangan perjalanan dan penutupan tempat ibadat, bar serta pasar di daerah Mubende dan Kassanda.

Pihak berkuasa berkata, wabak itu hanya tertumpu di dua daerah tersebut dan belum dikesan di bandar ibu negara, Kampala walaupun terdapat kes positif melibatkan sepasang suami isteri di situ.

Setakat ini, 54 kes Ebola telah dikesan di Uganda sejak wabak itu dikesan pada 17 September lalu. Daripada kes yang diketahui itu, seramai 19 pesakit telah meninggal dunia.

Seorang mangsa meninggal dunia di Kampala tetapi individu itu difahamkan dijangkiti wabak berkenaan di daerah terjejas sebelum melarikan diri.

Majoriti kes telah dilaporkan di Mubende dan jangkitan yang dikesan di luar wilayah memberi petunjuk yang merujuk ke lokasi sama.

Dalam satu ucapan di televisyen, Museveni mengarahkan Mubende dan Kassanda dikenakan perintah berkurung bermula waktu senja hingga subuh, mengharamkan perjalanan dan menutup pasar, bar dan gereja selama 21 hari.

“Jika anda berada di daerah Mubende dan Kassanda, kekal di sana selama 21 hari,” kata Museveni.

Trak kargo membawa bekalan makanan masih dibenarkan keluar masuk dari kedua-dua kawasan itu, namun semua pengangkutan lain sama ada peribadi atau sebaliknya akan disekat.

Museveni turut mengarahkan pakar perubatan tradisional untuk berhenti merawat orang sakit dalam usaha untuk menghentikan penyebaran Ebola dan mengarahkan polis menangkap sesiapa yang disyaki dijangkiti virus itu tetapi enggan menjalani proses kuarantin.

“Ini adalah langkah sementara untuk mengawal penyebaran Ebola. Kita semua harus bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya dapat menamatkan wabak ini secepat mungkin,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI