fbpx

Segak beruniform tentera, peminat titip doa buat Sarah Hildebrand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH HILDEBRAND

PETALING JAYA – Pernah bergelar pelakon, Sarah Hildebrand kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) selepas menamatkan latihan ketenteraan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sarah, 32, turut berkongsi beberapa keping foto menampilkan dirinya dalam persalinan uniform tentera.

“It’s official (telah rasmi),” tulisnya pada sekeping gambar lengkap memakai uniform berwarna biru.

Perkongsian gambar swafoto tersebut sekali gus memberikan bayangan bahawa Sarah sudah pun rasmi menjadi sebahagian daripada pasukan tentera udara AS.

Dalam satu hantaran berbeza, pelakon drama Tunggu Dulu Cinta yang sekali gus menjadi drama terakhir lakonannya itu turut berkongsi sekeping foto di sebelah bendera AS dipercayai foto rasmi selepas rasmi bergelar anggota tentera.

Perkongsian pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu menarik perhatian pengikut dalam Instagram apabila masing-masing melayangkan ucapan tahniah atas pencapaiannya bergelar seorang anggota tentera udara.

“Bangga dengan pencapaian awak. Tahniah,” kata seorang netizen.

“Tahniah Sarah. Awak telah lakukan yang terbaik,” ucap seorang pengikutnya.

“Tahniah dan selamat maju jaya,” kata seorang pengguna Instagram.

Pada masa sama, peminatnya turut menitipkan doa dan pesan buat Sarah supaya menjaga diri dan tidak lupa tentang asal usulnya.

“Jangan jauh dari Islam,” pesan seorang peminatnya.

“Kerjaya seperti Sarah ini berat. Tidak semua orang boleh lakukan. Jaga diri baik-baik,” kata seorang lagi peminatnya.

“Semoga Sarah sentiasa baik dan sihat. Jaga diri elok-elok,” kata seorang netizen.

Sekitar April lalu, Sarah yang juga seorang pengacara membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dari dunia seni hiburan tanah air.

Sarah berharap pengumuman tersebut dapat ditularkan supaya ramai pihak tahu bahawa dirinya sudah pun bersara daripada karier lakonan.

Selepas bersara, Sarah kemudiannya nekad meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke AS dan enggan lagi kembali ke negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI