fbpx

Radzi mahu SPRM siasat segera dakwaan seleweng kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik ke platform media sosial oleh Zaharin yang mendakwa berlakunya penyelewengan di KPM.

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mahu siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan kononnya berlaku penyelewengan kontrak membabitkan dirinya

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau menerima hantaran video dibuat Datuk Zaharin Yassin menyatakan terdapat aduan penyelewengan di Kementerian Pendidikan (KPM) mengaitkan dirinya dan Ketua Setiausaha kementerian tersebut.

Menurutnya, dakwaan itu berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

“Memandangkan nama saya dan KSU KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KPM membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan tersebut dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya juga berharap Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau kepada SPRM,” katanya.

Sebelum ini, Zaharin yang juga blogger dan bekas ahli UMNO memuat naik satu video mendedahkan satu penyelewengan kontrak membabitkan bekalan makanan bermasak dan selenggara bangunan.

Dakwa Zaharin lagi, Radzi dan KSU KPM didakwa memohon 4.5 peratus daripada nilai kontrak pembekalan itu dipercayai bagi tujuan dana politik Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi video berdurasi 2.44 minit itu, Zaharin mahu Radzi dan Ketua Setiausaha KPM menjawab tuduhan berkenaan selain sedia disiasat SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI