fbpx

PRU15: SPR terima surat pemakluman pembubaran tiga lagi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalruddin Ishak berkata, setakat ini pihak SPR telah menerima surat pemakluman pembubaran DUN Pahang dan Perlis pada 14 Oktober lalu dan DUN Perak pada hari ini daripada Speaker DUN masing-masing.

“Sehubungan itu, penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembubaran DUN negeri itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Setakat ini, enam negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, DUN Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor yang berada di bawah pentadbiran PH tidak dibubarkan bagi memastikan persiapan dibuat untuk menangani banjir di negeri terbabit.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula sebelum ini dilaporkan akan mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI