fbpx

PRU15: Saya dan Ahmad Zahid tiada isu – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) dan Ahmad Zahid

BAGAN DATUK – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa tidak timbul sebarang isu antara beliau dengan Presiden parti tersebut, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, ia sebaliknya merupakan tohmahan serta persepsi yang dimainkan pihak-pihak tertentu demi kepentingan mereka sendiri.

“Kita mesti memastikan solidariti terutamanya UMNO terus kukuh. Saya memberi jaminan tiada isu antara saya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid. Ia hanya nasi-nasi tambah di luar yang lebih-lebih sebenarnya.

“Kalau kita berpecah, yang untung mungkin mereka. Bak kata pepatah antan sama antan berlaga, ayam di tepi lesung yang kenyang,” katanya ketika berucap di Majlis Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, menjadi tanggungjawab semua ahli Barisan Nasional (BN) untuk menjawab semua isu yang dimainkan oleh pembangkang seperti fitnah terhadap Ahmad Zahid.

Beliau berkata, pelbagai bentuk fitnah seperti video dan kartun telah dilemparkan terhadap kerajaan serta UMNO sendiri.

“Jangan kita biarkan tidak terjawab. Kalau tak dijawab, bukan sahaja ia merugikan kita bahkan ia akan dipercayai benar oleh pengundi,” katanya.

Bahkan, katanya, bukan sekadar menjawab isu, bahkan ia (isu-isu) yang dijawab itu seperti berkaitan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Pulau Batu Puteh perlu digunakan untuk menyerang pembangkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI