fbpx

PRU15: Pemimpin NGO antara calon BN Parlimen Batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arabath kiri beramah mesra bersama pengundi sekitar Parlimen Batu pada Majlis Pelancaran Jentera PRU15 Parlimen Batu, semalam.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengetengahkan calon dalam kalangan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) bagi merampas kembali Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antara calon yang disebut-sebut bakal mewakili BN di kawasan tersebut adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Arabath Kuala Lumpur, Arabath Ali Arul Alavudeen.

Arabath, 35, merupakan seorang akauntan dan ahli perniagaan, beliau juga bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kerja amal melalui NGO dan dewan perniagaan.

Menurut Arabath, dia bersama lebih 30 pertubuhan di bawahnya sedia untuk menggerakkan jentera pilihan raya bagi membantu BN merampas kembali Parlimen Batu.

“Saya sudah laksanakan lebih 250 misi bantuan, termasuk program kebajikan, pendidikan dan sosio ekonomi di Parlimen Batu.

“Saya yakin, masyarakat di sini juga sudah pandai menilai calon yang boleh membantu mereka pada masa hadapan. Fokus saya adalah untuk membantu golongan miskin bandar terutamanya golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Pelancaran Jentera BN PRU15 Parlimen Batu Peringkat Cawangan/ NGO/ Komuniti.

Terdahulu media melaporkan, Parlimen Batu dijangka menjadi antara kerusi paling panas pada PRU-15 kerana menjadi tumpuan lebih tujuh calon bebas serta parti-parti yang bertanding.

Antara yang bakal menawarkan diri untuk bertanding adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim yang dikenali Siti Kasim.

Selain itu, Tian Chua juga dikatakan akan kembali semula ke Parlimen Batu selepas tidak bertanding pada PRU14 yang dimenangi oleh calon bebas M. Prabakaran dan kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI