fbpx

PRU15: 7,700 anggota Polis KL dalam ‘mode’ sedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi ketika memeriksa barang rampasan di IPK Kuala Lumpur, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi terjamin semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), seramai 7,700 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur kini siap sedia untuk digerakkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, 288 pusat mengundi di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditempatkan anggota polis bagi menjaga kawalan sepenuhnya.

Kata beliau, tindakan lanjut seperti pembekuan cuti kesemua mereka setakat ini masih belum dikeluarkan memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersidang mendapatkan tarikh mengundi.

“Polis Kuala Lumpur mempunyai kekuatan lebih kurang 8,700. Sebanyak 7,700 pegawai dan anggota akan ditugaskan secara aktif ketika PRU manakala selebihnya akan ditugaskan dalam tugas-tugas am polis termasuk di kaunter dan lokap di setiap balai.

“kita masih berhubung dengan Bukit Aman untuk membincangkan beberapa isu seandainya memerlukan bantuan sokongan daripada mereka,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK ) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tambah Azmi, kekuatan yang sama juga akan digunakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan agensi lain bagi tugasan menyelamat ketika banjir.

“Kebiasaannya, di KL dan Putrajaya banjir kilat yang berlaku. Justeru itu, tugas kita adalah untuk menentukan agar mangsa banjir tidak terperangkap.

“Kita akan dapatkan bantuan jabatan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi memastikan mangsa banjir diselamatkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI