MELBOURNE – Sebuah video memaparkan pesawat secara tiba-tiba berhenti bergerak mengundang pelbagai spekulasi pengguna media sosial yang mendakwa terdapat lampu isyarat ‘halimunan’ di laluan trafik udara, lapor laman LADbible.
Klip luar biasa itu dikongsi oleh TikToker Denis (@plac3bo1) yang merakam kejadian tersebut.
“Pesawat itu ‘tersangkut’ di udara dan hanya kekal di situ buat seketika,” tulisnya pada kapsyen video.
Video itu menjadi tular, mengumpulkan lebih 3.6 juta tontonan serta beribu-ribu komen daripada orang ramai yang keliru berhubung pemandangan luar biasa itu.
“Pasti juruterbang sedang berhenti kerana lampu isyarat bertukar merah,” komen seorang pengguna media sosial.
“Anggap sahaja ada lampu isyarat yang kita tidak nampak,” gurau seorang lagi.
Namun begitu, seorang editor halaman sains dan teknologi, Jeff Parsons memberi penjelasan lebih munasabah mengenai keadaan itu.
“Kemungkinan besar pergerakan kereta itu menghalang penampakan kelajuan sebenar pesawat ketika ia mendarat.
“Ditambah dengan perspektif kamera yang berubah-ubah dan ia mungkin kelihatan seolah-olah pesawat itu tidak bergerak di ruang udara,” jelas Parsons. – Agensi