fbpx

Persembahan Jac, Aina harus jadi rujukan – Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN duet Jaclyn Victor dan Aina Abdul ketika menyanyikan lagu Cinta mendapat pujian melambung daripada juri Gegar Vaganza.

SHAH ALAM – Komposer muzik tersohor Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan duet Jaclyn Victor dan Aina Abdul menerusi lagu Cinta pada konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) layak untuk mendapat peratusan markah melebihi 90 peratus.

Katanya, kedua-duanya berjaya menambat hati juri dengan gabungan vokal yang hebat dan memukau dengan lagu dendangan asal milik penyanyi Marsha Milan itu.

“Saya fikir, 92 peratus itu berbaloi diberikan kepada persembahan Jaclyn dan Aina.

“Harapnya persembahan mereka menjadi rujukan penyanyi lain dalam YouTube,” katanya pada sidang akhbar malam tadi.

Sementara itu, nama Aina sohor kini dalam Twitter sejak malam tadi selepas meraih ribuan pujian menerusi nyanyian hebatnya dengan Jaclyn.

Rata-rata netizen berpendapat Aina bakal menjadi penyanyi legenda yang disegani satu hari nanti ditambah pula dengan kehebatan vokal yang dimiliki.

“Meremang bulu roma dengan nyanyian Aina dan Jaclyn. Pemilihan pasangan duet yang tepat,” komen netizen.

“Aina adalah penyanyi legenda generasi muda,” puji seorang lagi pengguna Twitter.

Usai persembahan malam tadi, Ramli selaku ketua juri GV9 memberi komen dan menyamakan Jaclyn dan Aina sebagai naga yang mengaum hebat di atas pentas.

Malah, dia juga mahu kedua-duanya menyanyi sehingga ke hujung nyawa mereka.

Pada konsert sama, Jaclyn diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi sekaligus menjadi penyanyi pertama layak ke minggu keenam minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI