fbpx

Permohonan Dana Permodalan Semula PKS dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aria Putera ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dana Permodalan PKS hari ini. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Dana berjumlah RM600 juta disediakan bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menerusi program Dana Permodalan Semula PKS yang boleh dimohon bermula hari ini.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata, ia merupakan sebahagian daripada program Semarak Niaga yang diperkenalkan menerusi Bajet 2022 tahun lalu bertujuan memberi pilihan lebih luas kepada usahawan yang memerlukan suntikan modal disebabkan masalah aliran tunai akibat pandemik Covid-19.

Menurut beliau, bagi menjayakan inisiatif tersebut, SME Bank telah dipilih sebagai agensi peneraju dengan suntikan dana RM200 juta manakala Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) masing-masing menyumbang sebanyak RM300 juta dan RM100 juta.

“Dana Permodalan Semula PKS ini tidak akan dikira sebagai liabiliti tetapi ia dikira sebagai pegangan saham syarikat.

“Program tersebut menawarkan pelaburan ekuiti sehingga RM5 juta bagi usahawan yang layak dan mereka boleh menggunakan pelaburan ini bagi keperluan modal kerja dengan tempoh bayaran balik sehingga lima tahun dengan kadar dividen keutamaan jangkaan sebanyak enam peratus setahun,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dana Permodalan PKS di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program tersebut mampu memanfaatkan sehingga 600 usahawan PKS dan mereka yang ingin membuat permohonan boleh hadir ke ketiga-tiga agensi pelaksana atau pun melalui laman web yang disediakan.

Jelasnya, menerusi pelaburan Dana Permodalan Semula PKS, usahawan PKS akan dapat menstrukturkan semula keperluan kewangan perniagaan mereka selain memberi tumpuan kepada aspek penawaran produk, peningkatan perkhidmatan serta membantu mengembangkan perniagaan.

“Pelaburan ini juga tidak mempunyai kesan kepada ‘gearing level’ jika usahawan ingin memohon pembiayaan lain manakala bayaran balik pelaburan pula adalah secara fleksibel dan berpotensi untuk ditukar menjadi saham syarikat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI