KULAI – Pemandu lori yang disyaki menjadi punca kemalangan melibatkan lima kenderaan hingga dua mangsa rentung di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini direman selama empat hari bermula hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow bagi menjalankan siasatan lanjut dijalankan ke atas pemandu lori berusia 37 tahun dari Shah Alam itu.
Menurutnya, polis turut memanggil kesemua individu terlibat untuk memberikan keterangan berhubung kemalangan membabitkan dua lori dan tiga kereta itu.
“Pemandu lori telah ditahan semalam. Dalam masa sama, kita turut memanggil empat individu yang terlibat bagi memberikan keterangan.
“Kita sudah mendapatkan permohonan reman selama empat hari bermula hari ini. Ini membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.-KOSMO! ONLINE