fbpx

Mahkamah: Abang mengaku salah tumbuk adik perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Farhan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

KAJANG – Seorang abang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan adik perempuannya dengan menumbuk di bahagian muka dan lengan minggu lalu.

Tertuduh Muhamad Farhan Mat Sahid, 31, yang merupakan seorang juruteknik membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Bagaimanapun pada hari ini hukuman terhadap tertuduh ditangguhkan sementara mahkamah menunggu laporan penuh perubatan mangsa.

Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan tarikh 16 November ini ditetapkan bagi fakta kes dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Farhan didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap adik perempuannya Nadiah Husna, 24, dengan cara menumbuk di muka dan kedua-dua lengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Rakan di sini pukul 11 malam pada 13 Oktober lalu (2022) yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara boleh sampai setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI