fbpx

Kolam takungan air terbesar Britain cecah paras terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolam takungan Wimbleball merosot kepada paras hanya 20 peratus. - Paul Scullion/SWNS

LONDON – Beberapa rakaman menggunakan dron mendapati paras air di sebuah kolam takungan terbesar di Britain hanya tinggal 20 peratus  sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai kekurangan air  pada musim sejuk tahun in, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tasik Wimbleball di Exmoor, Somerset, kini merekodkan paras kurang satu perempat daripada kapasiti penuhnya.  Rakaman video turut menunjukkan keadaan takungan dan landskap perkampungan yang tandus kesan akibat kemarau pada bagi musim panas kali ini.

Pada tempoh sama tahun lalu, takungan air di Wimbleball adalah lebih 70 peratus penuh, namun rizab purata kini berada di bawah paras yang dicatatkan pada 1995 ketika kapasiti kolam itu merekodkan kadar terendah iaitu 26.4 peratus.

“Saya mendapat tahu bahawa paras air adalah rendah di kolam takungan Wimbleball dan membuat keputusan untuk memeriksa sendiri keadaannya. Apa yang saya lihat adalah amat mengejutkan.

“Saya pernah memandu berhampiran kawasan takungan itu beberapa tahu lalu dan dapat melihat kanak-kanak bermain di dalam air. 

“Kini, mereka tidak boleh lagi melakukan aktiviti sedemikian,” kata jurugambar sambilan yang membuat rakaman tersebut, Paul Scullion.

Sementara itu, syarikat perkhidmatan air, South West Water (SWW) berkata, paras simpanan air takungan itu telah menurun kepada sekitar  20 peratus pada 9 Oktober lalu. 

Menurut syarikat tersebut, kawasan itu mengalami tempoh paling kering yang  keempat  sejak penyimpanan rekod bermula lebih 130 tahun lalu.

“Paras takungan air di seluruh Cornwall dan sebahagian Devon kekal rendah serta akan terus berkurang. Ia diramal kekal seperti itu pada masa akan datang tanpa hujan berterusan akibat musim kemarau yang panjang.

“Kami meminta pengguna agar menggandakan usaha mereka untuk lebih banyak menjimatkan air bagi mengelakkan sebarang pelaksanaan sekatan, di samping melindungi sumber-sumber air utama di wilayah ini,” kata Pengarah Kemarau SWW, Jo Ecroyd. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI